ProdukKenapa pHCerita KamiAffiliateNews
Dapatkan She-Pap

Program Affiliate

Bina Profit Tanpa Hype.
Naik Tier, Naik Komisen.

Tiada overclaim. Tiada hype murahan. Kami mencari rakan strategik yang tahu memasarkan kualiti dengan cara yang betul. Semua orang bermula pada 10%. Prestasi yang terbukti membawa anda ke 12% dan seterusnya 15%. Kadar dinyatakan secara terbuka, bukan dirundingkan secara rahsia.

Botol SHE-PAP Signature Wash 100ml, masih di bawah tudung

01 · COMMISSION PROJECTION

Kira Potensi Keuntungan Anda.

Tier anda

Pek yang anda promosikan

Pesanan sebulan 40
5400

Kadar dikira daripada nilai pesanan sah, sebelum kos penghantaran. Bayaran dilepaskan selepas tempoh pemulangan tamat.

Komisen sebulan RM431

RM10.79 setiap pesanan
RM5,177 setahun pada kadar sama
Twin Pack · Advocate 12%

Ini pengiraan, bukan jaminan pendapatan. Jualan sebenar bergantung pada kualiti kandungan, saiz audiens dan musim.

02 · Struktur

Tiga Tier. Syarat Terbuka.

Tiada rundingan tertutup dan tiada kadar istimewa untuk kenalan. Setiap orang bermula di tempat sama dan naik atas prestasi yang boleh diukur.

Tier 01 10%

Loyalist

Anda sudah membeli dan menggunakan produk ini. Kadar permulaan untuk setiap affiliate yang diterima.

  • Kit kandungan penuh
  • Kod affiliate peribadi
  • Panduan kepatuhan
Tier 02 12%

Advocate

20 pesanan sah dalam mana-mana tempoh 30 hari. Anda bukan sekadar pengguna, anda sudah mula bercakap.

  • Semua manfaat Loyalist
  • Sampel produk dihantar
  • Akses awal pelancaran SKU baharu
Kumpulan terdalam Tier 03 15%

Inner Circle

50 pesanan sah dalam mana-mana tempoh 30 hari. Kumpulan paling kecil, akses paling dekat.

  • Semua manfaat Advocate
  • Kod diskaun khas untuk audiens anda
  • Dipertimbangkan untuk kandungan berbayar

Tier disemak pada hari pertama setiap bulan berdasarkan pesanan sah 30 hari sebelumnya. Tier tidak jatuh serta-merta. Anda diberi satu bulan penuh sebagai tempoh rahmat sebelum kadar diselaraskan semula.

PerkaraTermaNota
Kadar komisen10%, 12% atau 15% nilai pesanan sahDitentukan oleh tier semasa anda. Syarat tier dinyatakan di atas.
Semakan tierBulanan, hari pertamaBerdasarkan pesanan sah dalam tempoh 30 hari sebelumnya.
Cara kadar tambahan dibayar10% dari platform, bakinya dari kamiShopee dan TikTok Shop membayar kadar asas. Bonus tier 2% atau 5% dijelaskan oleh kami secara berasingan setiap bulan.
Asas pengiraanSelepas diskaun, sebelum penghantaranVoucher platform tidak mengurangkan komisen anda.
Tempoh penjejakanMengikut tetapan platformTikTok Shop dan Shopee menggunakan sistem tracking masing-masing.
PembayaranSelepas tempoh pemulangan tamatKebiasaannya 15 hingga 30 hari selepas penghantaran disahkan.
Pesanan dibatalkanKomisen ditarik semulaTermasuk pesanan yang tidak diterima atau dipulangkan.
Sampel produkKami menapis 'freebie seekers'.Sampel percuma akan terus diuruskan sebaik sahaja anda publish content pertama.
Kit kandunganPercuma, hari pertamaFoto produk, kod warna jenama, ayat selamat, dan senarai perkataan larangan.

03 · Pagar Kepatuhan

Baca Ini Sebelum Anda Merakam Apa-apa.

SHE-PAP ialah kosmetik. Sebaik sahaja anda membuat claim rawatan, ia bertukar menjadi produk farmaseutikal yang tidak berdaftar. Video anda kena takedown, akaun anda kena mark, dan jenama ini boleh dikenakan tindakan. Ini bukan cadangan.

Boleh Sebut

  • Teknologi pH-Locked, diformulasi untuk kulit sensitif
  • Membersih secara ultra-gentle setiap hari
  • Ultra-Low Fragrance untuk rasa segar
  • Mengekalkan kelembapan kulit kawasan luaran
  • Pengalaman peribadi anda tentang bau, tekstur dan keselesaan

Jangan Sebut, Langsung

  • Rawat, sembuh, ubat, jangkitan, kuman, antibakteriaSemua ini perkataan perubatan. Terus haram.
  • Bunuh 99.9% bakteriaKami tidak pernah menguji tuntutan ini dan tidak akan membuatnya.
  • Cerahkan, rapatkan, ketatkanBukan fungsi produk ini.
  • Suami mesti suka, tingkatkan kepuasanKami tidak meletakkan nilai wanita pada lelaki. Off brand dan berisiko takedown.
  • Diluluskan KKM, atau sebarang logo HalalKKM tidak meluluskan kosmetik, ia menerima notifikasi. Logo Halal hanya sah selepas sijil JAKIM dikeluarkan.
  • Visual sebelum dan selepas kawasan intimAuto takedown di TikTok dan Shopee.

Affiliate yang menggunakan claim perubatan akan ditamatkan dan komisen tertunggak dibatalkan. Kami tidak memberi amaran dua kali untuk perkara ini, kerana risikonya bukan ditanggung oleh anda seorang.

04 · Cara Bermula

Empat Langkah, Satu Hari.

01

Mohon

Isi borang di bawah. Team kami akan semak dan luluskan profil anda dalam masa 24 - 36 jam.

02

Terima Kit

Dapat akses terus ke foto produk, kod affiliate, ayat iklan selamat (compliant), dan senarai perkataan larangan.

03

Hasilkan Kandungan

Guna suara dan gaya anda sendiri. Tak perlu tiru skrip. Content yang jujur dan real paling senang convert.

04

Dapat Bayaran

Komisen 10% hingga 15% untuk setiap pesanan sah. Duit masuk terus dari sistem platform tanpa sangkut.

05 · Permohonan

Kualiti Content, Bukan Kuantiti Followers.

Followers 800 atau 80,000, kami tak kisah. Kami cari affiliate yang pandai bawa topik sensitif ini dengan gaya yang eksklusif, natural, dan tak nampak murahan.

Atau emel terus ke affiliate@she-pap.com berserta pautan profil anda.

06 · Soalan Lazim

Soalan Affiliate.

Perlu ada ramai followers?

Tidak. Kami mengalu-alukan micro-creators. Conversion rate seorang creator dengan 3,000 followers yang aktif dan engaged selalunya jauh lebih tinggi berbanding akaun 100,000 dengan audiens rawak.

Macam mana tier dikira?

Pada hari pertama setiap bulan kami kira jumlah pesanan sah anda dalam tempoh 30 hari sebelumnya. Pesanan sah bermaksud pesanan yang telah diterima pelanggan dan melepasi tempoh pemulangan, bukan pesanan yang dibuat sahaja.

Naik tier berlaku serta-merta. Turun tier tidak. Jika bulan anda perlahan, anda diberi satu bulan penuh sebagai tempoh rahmat sebelum kadar diselaraskan semula.

Kenapa bonus tier dibayar berasingan?

Platform seperti Shopee dan TikTok Shop menetapkan satu kadar asas untuk semua affiliate pada peringkat produk. Kami tetapkan kadar asas itu pada 10%.

Bonus 2% untuk Advocate dan 5% untuk Inner Circle tidak boleh disalurkan melalui sistem platform, jadi kami jelaskan secara berasingan setiap bulan berdasarkan laporan jualan platform. Anda menerima penyata ringkas bersama bayaran.

Bila komisen masuk?

Selepas tempoh pemulangan tamat dan platform melepaskan dana. Kebiasaannya 15 hingga 30 hari selepas penghantaran disahkan. Bayaran keluar terus daripada TikTok Shop atau Shopee, bukan daripada kami.

Ada sampel percuma?

Selepas anda publish content pertama. Kami sengaja buat rule begini. Terlalu banyak jenama hantar sampel free tapi affiliate senyap tanpa hasil. Post content pertama anda, dan kami akan uruskan stok fizikal.

Boleh guna foto produk anda?

Boleh, semua aset dalam kit affiliate. Yang tidak dibenarkan ialah mengubah warna, mengubah logo, atau menulis ayat claim di atas visual tersebut. Logo dan wordmark mempunyai tracking dan kod warna yang dikunci.

Kenapa peraturan claim ketat sangat?

Kerana kosmetik dan ubat adalah dua kategori berbeza di sisi undang-undang Malaysia. Sebaik sahaja kandungan anda menyatakan produk ini merawat sesuatu, ia menjadi ubat tidak berdaftar. Itu satu kesalahan, dan ia jatuh ke atas syarikat, bukan ke atas anda. Kami lebih rela kehilangan satu video viral daripada kehilangan jenama.

Boleh promosi jenama feminine wash lain serentak?

Boleh. Kami tidak meminta eksklusiviti. Namun jangan hasilkan video perbandingan yang merendahkan jenama lain menggunakan claim yang anda tidak mampu buktikan. Itu akhirnya berbalik kepada kami juga.