Batch pertama kini dibuka.
Feminine Wash · pH Seimbang · 100ml
Kebanyakan jenama feminine wash menjual rasa malu. Kami menetapkan standard baharu. Diformulasi dengan teknologi pH-Locked (3.5 - 3.9), wangian ultra-ringan, dan direka khusus untuk kulit paling sensitif. Kesegaran mutlak setiap hari, tanpa kompromi.
01 · Edukasi
Gerakkan slider di bawah dan lihat sains di sebalik keselesaan anda. Ini adalah satu-satunya angka yang wajib anda semak sebelum membeli mana-mana penjagaan intim. Kami tak jual janji, kami jual fakta.
Kawasan sensitif bersifat berasid secara semula jadi, bukan alkali. Formula kami dikunci dalam julat 3.5 hingga 3.9, dan nombor itu dicetak pada botol. Setiap batch disokong Certificate of Analysis.
Nota: nilai pH pd label disokong Certificate of Analysis setiap batch dari pengeluar. Minta pd kami bila2 masa.
Julat alkali. Membersih dengan agresif.
Luar julatDikunci pada 3.5 hingga 3.9. Nombor ini dicetak pada botol.
Dalam julatParas cecair dalam bikar mewakili kedudukan sebenar pada skala pH 3 hingga 11. Nilai sabun badan adalah julat lazim industri, bukan ujian ke atas produk tertentu.
Penjagaan yang tidak perlu diumumkan.
02 · Produk utama
Produk penuh didedahkan pada hari pelancaran.
Dilengkapi Premium Pump-Lock anti-bocor. Formulasi ultra-pekat, hanya satu pam sudah mencukupi untuk cucian menyeluruh. Wangian subtle yang direka untuk pudar dalam beberapa minit, mengunci tahap pH dan kesegaran anda sepanjang hari. Cukup lembut untuk rutin harian, cukup elegan untuk dipamerkan di atas meja solek anda.
Shopee dan TikTok Shop dibuka pada hari pelancaran. Senarai awal dapat akses 48 jam lebih awal berserta harga pelancaran.
Matematik Bekalan
Format foam mengeluarkan buih siap, jadi satu tekan sudah memadai untuk kebanyakan pengguna. Produk cecair memerlukan lebih banyak untuk berbuih, dan itulah sebabnya botol cecair 100ml biasanya habis dalam masa lima minggu.
Anatomi Pembungkusan
03 · Formula
Jenama murahan menyembunyikan bahan kimia mereka atas sebab tertentu. Kami tidak main game tersebut. Senarai penuh dicetak telus secara terbuka. Ini adalah standard formulasi kami, tanpa kompromi.
Yang kami tinggalkan
Senarai penuh INCI (International Nomenclature of Cosmetic Ingredients) dicetak pada panel botol. Diformulasi untuk kulit sensitif. Hentikan penggunaan jika berlaku kerengsaan yang tidak dijangka. Untuk kegunaan luaran sahaja.
04 · Cara guna
Pump sekali pada tapak tangan yang sudah basah. Buih keluar siap.
Sapu lembut pada kawasan luar sahaja. Jangan gosok kuat.
Bilas sepenuhnya dengan air suam. Tepuk kering dengan tuala bersih.
Nota: Satu botol 100ml mengandungi 133 tekan. Pada penggunaan sekali sehari ia bertahan lebih empat bulan. Twin Pack bukan tentang kesinambungan bekalan, tetapi tentang mempunyai satu di rumah dan satu dalam beg.
Penjagaan Yang Tidak Perlu Diumumkan.
K E Y A K I N A N Y A N G T E N A N G. Privasi mutlak, kesegaran optimum, dan keseimbangan pH yang dikunci rapi. Anda tidak perlukan pengesahan sesiapa untuk rasa selesa.05 · Untuk siapa
Anda keluar rumah jam 7 pagi dan pulang jam 8 malam. Anda tiada masa untuk risau tentang ketidakselesaan di tengah hari. Hanya satu pam dalam rutin mandi pagi, kesegaran dan tahap pH anda dikunci (pH-Locked) sepanjang hari. Fokus pada kerja, kami uruskan keselesaan anda.
Fasa pasca-bersalin menuntut penjagaan yang paling rapi. Kulit menjadi ekstra sensitif dan deria bau lebih tajam. Formula ultra-gentle kami direka tanpa bahan kimia keras, dengan wangian sangat minimum (low-fragrance) yang tidak merengsakan. Lembut, minimum, dan direka untuk kulit yang lebih sensitif.
Dibungkus dalam kotak Ivory soft-touch dengan kemasan gold foil yang mewah. Sempurna sebagai hadiah intim untuk rakan karib atau bakal pengantin. Boleh terus dihadiahkan tanpa perlu dibungkus semula. 100% privasi terpelihara, tiada gambar atau nama fungsi produk pada luar kotak.
Jaga diri. Senyap. Konsisten.
06 · Kata Mereka
Tiada paid reviews, tiada overclaim perubatan. Bila ulasan masuk nanti, reviewer kami bercakap tentang formulasi, tekstur dan tahap privasi sahaja.
Ulasan pertama kami belum ditulis.
Kami tidak membeli ulasan dan kami tidak menulis ulasan sendiri. Ruangan ini kekal kosong sehingga pelanggan sebenar mengisinya selepas batch pertama dihantar.07 · Kenapa kami wujud
Pergi ke mana-mana marketplace, anda akan dihidangkan dengan lautan botol pink dan ayat marketing yang membuatkan wanita berasa badan mereka adalah satu 'masalah'. Bau. Kotor. Rahsia. Industri ini menjual rasa malu, kemudian menjual penawar kepada rasa malu tersebut.
Kami tolak gameplay murahan ini.
SHE-PAP dibina atas satu prinsip mudah: Intimate care is self-care. Ia sama taraf seperti skincare dan haircare, bukan kategori penyakit. Jika anda sanggup melabur untuk cleanser muka dengan pH yang betul, kenapa biarkan zon paling sensitif anda dicuci dengan sabun alkali pH 9?
Kami tidak overclaim fungsi perubatan. Tugas SHE-PAP hanya satu: Membersih dengan ultra-gentle, mengunci pH pada tahap ideal, setiap hari, tanpa drama. Itu janji kami, dan itu tahap kualiti yang kami hantar.
Jaga diri. Senyap. Konsisten.
08 · Soalan lazim
Ya. SHE-PAP diformulasi dengan bahan ultra-gentle khusus untuk penjagaan harian. Cukup 1 pam setiap kali mandi untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan optimum. Formula kami highly-concentrated, jadi tak perlu guna berlebihan.
Sabun badan biasa bersifat alkali (pH 9-10) yang boleh meninggalkan rasa kering dan ketat pada zon sensitif. SHE-PAP menggunakan teknologi pH-Locked (3.5 - 3.9) yang direka mengikut julat asid ringan zon sensitif anda. Kami cuci pada pH yang betul, bukan sekadar cuci.
Diformulasi khusus untuk kulit sensitif. SHE-PAP direka dengan piawaian Zero-Harsh Chemical, tiada paraben, tiada pewarna tiruan, dan menggunakan Ultra-Low Fragrance. Ia membersih tanpa mengeringkan kulit.
Seperti mana-mana produk penjagaan diri, buat patch test ringkas dahulu jika kulit anda reaktif, dan hentikan penggunaan jika berlaku kerengsaan.
Boleh digunakan ketika haid untuk mengekalkan kebersihan harian. Namun, untuk ibu yang baru bersalin dan masih mempunyai luka jahitan atau sedang dalam rawatan klinikal, kami sarankan anda merujuk nasihat doktor pakar terlebih dahulu. Ini adalah standard keselamatan kami.
Tidak. SHE-PAP diformulasi dengan Ultra-Low Fragrance. Wangiannya sengaja direka sangat ringan, sekadar memberi kesegaran ketika mandi tanpa mengganggu keseimbangan pH atau merengsakan kulit sensitif. Kami fokus pada membersih dan mengunci pH, bukan sekadar menutup bau dengan pewangi sintetik.
Belum, dan kami tidak akan berpura-pura sudah dapat. Proses audit pensijilan Halal JAKIM sangat ketat dan mengambil masa.
SOP kami adalah integriti mutlak: tiada logo Halal pada kotak, dan tiada ayat yang berbunyi seolah-olah kami sudah lulus, selagi sijil fizikal belum berada di tangan kami. Sebaik ia diluluskan, pengumuman rasmi dibuat serentak di laman ini dan pada label.
Kosmetik di Malaysia tidak melalui proses kelulusan. Ia perlu dinotifikasikan kepada NPRA sebelum boleh dijual, dan itulah protokol yang kami ikut.
Nombor notifikasi kami akan dicetak pada panel belakang botol dalam format NOT diikuti nombor siri, dan dipaparkan di laman ini sebaik ia dikeluarkan. Sesiapa yang menulis produk kosmetik mereka "diluluskan KKM", anda patut soal.
SOP penghantaran kami adalah 100% Stealth Delivery. Kami cover pos ke seluruh Malaysia dengan bungkusan luar yang dijamin kosong (plain packaging), tiada nama brand, tiada label, dan tiada hint fungsi produk. Hanya anda yang tahu apa di dalam. Jika botol tiba dalam keadaan rosak atau bocor akibat kecuaian kurier, hantar video unboxing penuh dalam masa 48 jam. Kami pos ganti tanpa kos. Terma penuh ada dalam halaman Penghantaran & Pemulangan.
09 · Senarai awal
Pengeluaran awal kami sangat dikawal ketat. Ini adalah protokol wajib untuk kami mengunci kualiti mutlak sebelum meningkatkan volum produksi. Sertai VIP Waitlist untuk menerima Akses 48 Jam Lebih Awal berserta harga eksklusif pelancaran untuk pesanan pertama anda.
Kami hanya menghantar e-mel untuk pengumuman rasmi dan bernilai. Tiada spam. Anda bebas untuk unsubscribe pada bila-bila masa. Data anda tidak dijual kepada sesiapa. Rujuk Dasar Privasi kami.